Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Bumi – Bandung

Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Bumi – Bandung

PUTRAJAYA, 19 Sept – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu, 18 Sept, menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian yang dikenali sebagai Wisma Putra sedang memantau dengan teliti kesan gempa bumi itu memalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. 

“Rakyat Malaysia di Kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikut arahan yang dikeluarkan pihak tempatan”

“Malaysia turut berduka cita terhadap mangsa yang terlibat dalam kejadian itu” menurut kenyataan.

Follow kami untuk berita dan informasi terkini tentang sukan, bisnis, hiburan, teknologi, dan berita semasa.