Rumah Che Ta Diserbu MARA Akibat Pinjaman RM1 Juta

Rumah Che Ta Diserbu MARA Akibat Pinjaman RM1 Juta
Foto : MStar

KOTA DAMANSARA, 10 Dis – Kediaman pelakon terkenal Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, telah diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi tadi. Serbuan ini dilakukan kerana kegagalan pelakon tersebut melunaskan hutang pinjaman MARA yang dianggarkan hampir RM1 juta.

Ketika tindakan diambil, hanya ibu Che Ta berada di rumah mewah itu. Menurut laporan, tujuan serbuan adalah untuk menilai aset dalam kediaman tersebut sebagai langkah awal proses penyitaan.

Beberapa jam selepas serbuan bermula, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi, dilaporkan tiba di lokasi dan memasuki rumah itu.