Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman & Diugut Untuk Mengaku Bersalah

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman & Diugut Untuk Mengaku Bersalah

Fahmi Abd. Moin peguam yang mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan mendakwa anak guamnya diugut untuk mengaku bersalah.

Tambahnya, mereka berdua telah membuat laporan polis pada 25 Julai lepas selepas dibebaskan berhubung ugutan diterima ketika ditahan reman dan sehingga kini masih menunggu laporan siasatan.

Selain itu, pasangan itu juga turut didakwa menghadapi pelbagai tekanan dan manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.

Menurut Fahmi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Shah Alam dan Sungai Buloh namun hingga kini tiada maklumat yang diterima berkaitan perkembangan siasatan.

source: Beautifulnara